2011/04/10

Akibat Penagihan Dadah

Sempena minggu AADK,
maka sy dgn rasminya sekali sekala nak post benda2 yang berilmiah sikit lah...
hehehheeh ~~~

Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :-
1. Kesan Kepada Penagih
• Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
• Tidak bertanggungjawap kepada persekolahan dan prestasi kerja.
• Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.
• Pitam, pengsan, berperasan ganas, rase ketagihan berlebihan.
• Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

2. Kesan Kepada Keluarga
• Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga.
• Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.
• Rumah tangga menjadi porak peranda.
• berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.

3. Kesan Kepada Masyarakat
• mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan dan pembunuhan.
• Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
• Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.

4. Kesan Kepada Negara
• Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripan masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan. Kos tersebut termasuklah :
• Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
• Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah.
• Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
• Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku.
• Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
• Kos kerugian tenaga dan modal insan yang kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.


2011/04/09

ALAmak....

alamak...
hari ni aku buat sesuatu yang memandai kat budak2 ni...
tu lah..cikgu saidatul ni pandai2 je..
x pasal2 budak kene denda..
aisemen......

tu lah memandai aku yang suh diorng pasang benda alah ni...
kan diorng yg x pasal2 kene marah..
huhu ~~~

lama jugak lah diorng kene..
ahai yaaaa.......
(rasa bersalah yang amat dalam)
huhu....


sabar je lah cm ne...
huhu ~~~~




2011/04/08

dapat yang baru,tp saya masih rindu yang lama......



jeng jeng jeng jeng...
tajuk bukan main lagi...
no no no no no ...
bukan itu yang korang pikirkan..
ahaks....
(dah tau apa yang korang pikir)....
tp bukan langsung....
tp tu lah, sekarang dah dapat yang baru.. tp hati sngat terkenangkan yang lama...
sangat rindu2 yang lama...
tp tu lah yang terjadi....
ish2..
time dulu2, masa mula2,
aduhai..... tp sekarang pun aduhai....

betullah kata orang, kita kene menghargai setiap saat,
walau apa yang terjadi sekalipun...
kene hargai setiap saat..
tatkala kita kehilangannya, kita pasti akan merasai kehilangannya...
huhu ~~~



^
^
^
^
^
^
^



( sedih seketika )
ahaks....






2011/04/02

Tips Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Makan Hati, Sedih dan Kecewa

Tips Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Makan Hati, Sedih dan Kecewa


Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.






KEMBALI UNTUK KALI TERAKHIR.....


akademik fantasia..
buat kali pertamanya aku menonton secara live di TV..
hahahaa....
Tp bila di lihat salah seorng pelajar AF tu...
aku mcm knal je si AZRI tu...
erkkk....
bukan dia knl aku..
aku yg kenal dia..
hehehe
kalu x silap dia salah seorng peserta rancangan realiti TV3 iaitu
MY STARZ LG..
kan2...
ermm.. paper pun sapa lah peserta yang akan kuar awal...

kita sama2 nantikan yek..
huhu ~~~




BAGAIMANA SAYA DI FIKIRAN ORANG LAIN ~~

SIAPA SAYA..
BAGAIMANA SIKAP SAYA...
baikkah aku....
tersangat baikkah..
terlebih baikkah..
pura-pura baikkah..
xpun sebaliknya..




kalu lah sikap kita boleh di scan mcm kita buat medical chek up kan best....
kita boleh nmpak tulus ikhlas dari xray mcm mna sikap kita...
sikap kita.. sikap orang lain...

Hanya perlu berjumpa doktor kita boleh menilai sikap kita...
dan juga sikap orang lain.....

aishhhh.... pikir2 kan lah...







2011/04/01

sewang kontemporari..

sempena mesyuarat agung PIBG tahun 2011...
telah diadakan perembahan oleh murid2 sekolah..
atas dasar ikon Sungai dua... maka telah diadakan persembahan sewang...
tp malangnya... kamera utk mengcurik n merakam video xmenjadi..

video x elok..
hehe..

kalu nak dngar n lihat.. kene telengkan kepala...
x pun terbalikkan laptop..
hehehee...

tp best.. sy sngat suka tngok persembahan budak2..
mana x nya.. akukan peminat idola kecil..
hahahha ~~~

kempen minggu anti DADAH

pada minggu ini, sekolah aku telah mengadakan
MINGGU ANTI DADAH dgn kerjasama AADK..
banyak program yang telah dilaksanakan sepanjang minggu ini..
termasuklah, melukis dan mewarna poster....
menghasilkan kain rentang...
reka bentuk kreatif replika..
sajak dan pantun..
serta kuiz berdasarkan ceramah anti dadah..

tp picture x bnyak snap..
kamera pun rosak..
jadi boleh guna kamera hp je lah..


kerjasama guru n murid umah HIJAU
umah kuning

umah merah...



kain rentang di hasilkan mengikut rumah sukan hari t
u..
so hahsilnya umah biru menang..
yeah!!!!!
tahniah buat guru n anak2 umah biru...
BIRU boleh!!!
ahaks!!!
hasilnya.......

tada ~~~~

^
^
^
^

^
^
^
^

^
^
^
^