2011/05/31

RAHSIA NAMA ~~


adakah ini benar...
mungin ada yang betul, kene dan mungkin juga x tepat langsung....
tu semua hanya lah untuk suka2...

tekun mengejar cita2 ye kot....
ramah X...
murah dengan senyuman, ye lah kot...
pendiam ye...
berdisiplin sudh tentu...
berterus terang ker????
yg pling best.. mudah simpati n memendam perasaan..
ahaks~~~


kalu korng nak try, buat lah...
link kat bwh ni...
SELAMAT mencuba.....


http://apps.facebook.com/sifat-dalam-nama/

PANCING ikan.....

Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin
ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya....
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu....


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu
mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula....akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika ka mu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah
seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu istimewa....
anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah
bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa
meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
insan.....
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan
yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi
milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal....


sekadar nukilan dari hati kecil.....

sudah diberi HATI... jagalah hati .....

  1. apa kata post kali ni biarlah berilmiah sikit....
  2. heheehe...
  3. huhu...

MANUSIA diciptakan Allah terdiri daripada beberapa elemen utama sehingga mewujudkan identitinya iaitu jasad, akal, roh, nafsu dan hati. Namun, daripada semua unsur itu, paling penting dalam ajaran Islam yang diambil kira daripada keseluruhan amalan keagamaan adalah intinya, bentuk dalamannya iaitu hati. Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

”Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang hati kamu. Sesiapa yang memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah! Wahai anak Adam orang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu. (Hadis riwayat Muslim dan Tabrani)

Oleh itu, hati memainkan peranan penting dalam mencerminkan dan juga menentukan kemuliaan atau kehinaan peribadi seorang. Hati juga dianggap ejen penentu kepada hidup dan matinya jasad manusia. Tidak berfungsi anggota badan secara keseluruhan kerana terlucut roh yang bertapak dalam hati. Hatilah tempat bertapak iman, takwa, sifat mahmudah, niat dan pada masa lain, di sini juga terletak kekufuran, nifaq dan sifat mazmumah.

Rasulullah sentiasa berdoa kepada Allah iaitu: “Ya Allah! Ya Tuhanku! Yang membolak-balikkan hati! Tetapkanlah hatiku di atas landasan agama-Mu.”

Apabila ditinjau dalam al-Quran, banyak ayat membicarakan hal hati terutama hati bersih lagi suci daripada dosa dan maksiat. Hati bersih diterangi cahaya Ilahi dan tidak terselit sedikit pun keraguan dan syirik. Seterusnya, hati bersih yakin segala yang wujud di alam semesta dicipta Allah, sekali gus bertindak sebagai pentadbir mutlak ke atas alam. Hati bersih juga terhindar daripada dendam, dengki, fitnah dan sifat tercela lain.

Dengan kata lain, hati bersih dipenuhi iman, hidayah petunjuk dan takwa. Di dalamnya, sarat dengan gelora kerinduan, kecintaan, ketaatan dan tunduk yang kudus kepada Allah. Justeru, hati menjadi tempat bertapak nilai kebaikan seperti khusyuk, tawaduk, sabar, tawakal, syukur, istiqamah, pemaaf dan sifat mahmudah lain.

Perlu ditegaskan Allah memberikan ganjaran kepada hamba-Nya yang berniat untuk melakukan kebajikan, tetapi Allah tidak pula mencatatkan keburukan ataupun dosa kepada seorang yang hanya berniat di hati untuk melakukannya. Demikianlah betapa Allah bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-Nya.




2011/05/30

APABILA seorang CIKGU x ada kerje...

Terciptalah 1 karya apabila
seorang guru
yang tidak ada kerja
di rumah....
huhu ~~

hanya suka2...
untuk tontonan umum...


karya siri 1.....






bertahun tunggu nak upload video nih...
akhirnye berjaya gak..
broadband2.. huhu''

CUTI sekolah...


nampaknye.. dh 2 hari CUTI SEKOLAH bermula...
ermm.. cuti sekolah yang agak boring sebab xdek Zawiah di rumah...
huhu...

namun, macam biasalah.. cuti sekolah, apa lagi..
duk umah dan untuk membesarkan badan yg mcm dah sedia nak makin besar nih....
hahhahhaha...
nnti jgn kata aku kurus2 lagi k...
huhu...

Selain duk mengular di umah,
nak shoping2....
mcm lah bnyak duit...
shoping2 nih maksudnye beli brng keperluan.. maklumlah,
kalu kat KARAK tu pabila di buat analisis, harga brng mahal...
x setanding tempat shoping feveret aku..
pe lagi .. MYDIN lah...
huhu....

so pe lagi... mcm biasa...
macam kat maktab dulu2...
beli brng dan buat stok...
tu lah feveret aku...
hehehe....

jom kita shoping.....

** bila nak shoping brng2 idaman yek...
mcm hp, kamera, ermm...
nmpak gaya, kene counting duit dulu lah...
hehhe




2011/05/28

jom buat TEH tarik.... huhu

pelik x bunyinya...
haha
tp ni sebenarnya event yang dh lama ..
tp di sebabkan kamera buat hal..
tp krng dh elok, n tunggu masa nak beli baru je.. (erkkk)...
so, baru leh update event ni...
ni masa aku ikut serta ke Mpower punya event yang diadakan di BEntOng..
masa tu bnya aktiviti yang diadakan,
salah satu nye buat teh tarik.....
so, budak sekolah SKSD pun turut join dalam acara tersebut..
huhu ~~~







** walaupun korang ni kadang2 berlagak.. tp baik hati sebenarnya...
ahaks~~



SEWANG ...

tp bukan ini yang aku nk tonjolkan... nak citer psal persembahan di kolej komuniti bentong yang telah aku pg dgn anak2 murid ku baru2 ini..
huhu
best2...
bila diorng mula je buat prsembahan.. mula lah hati kecil aku ni rsa sngat touching...
hehehe..
syok hbis...
sampai lagu yg terakhir.. rsa nk joget skli lh plk..
huhu...












ni anak aku.. hehehe
nizam, azani, dan yg hujung tu mazly..
huhu




2011/05/18

ANTARA kaca dan plastik..

pelik plk aku dengan sesetengah cara hidup orang berfikir...
perbuatan baik , kadang2 x mengubah persepsi manusia kepada manusia yang lain....
kebiasaan orng yang x menghormati orang lain, layakkah di buat kawan...
layakkah berkawan baik dengan manusia itu????

apa yang hendak dilakukan kalu terjumpa manusi manusia ini...
ermmm.. perlukah sifat berdendam??
sekarang jiwa dah matang....
harap2 aku x kan ada lagi sifat itu dalam diri ini...
tutuplah sebelah mata....
biarkan manusia itu,

abaikan.....

sekadar nukilan di kala hati ini terasa seperti dipermainkan oleh anak kecil.....
yang penting, manusia itu x dek, aku pun x kesah lah..
adiossssss~~~

HARI GURU............


SELAMAT HARI GURU.....
akhirnya aku menyambut juga hari guru di sekolah....
menjadi guru tetap kat sekolah...
sepanjang praktikum, x pnah pun berjodoh dengan hari guru,...
best2..
sangat santai....
permainan...
persembahan...
dan lain2...
hadiah???? bukan ahdiah yang aku cari.. sekadar melihat budak2 ni ingat ke aku jer....
sebab dari dulu lagi aku dah taret.. budak2 ni bukan macam sekolah aku praktikum dulu...
dapat hadiah berplastik2....
namun, aku SANGAT SANGAT SANGAT bangga.... kerana diaorng ingt n menghargai jasa seorang GURU...
harap2 jangan lah tarikh 16 MEI je yang diiorang pulun menghargai jasa guru....
huhu ~~~
ANUGERAH??? haha... dalam kegembiraan, aku dapat plak TITTLE ANUGERAH GURU ANGGUN....
aduh!!!!!
malu giler....
cam x sesuai je anugerah tu utk aku....
hahhhahaa
anda rsa sesuai x??
konfom x sesuai...
apa yang aku nak cakap... anggun ke??? huahuahuahua




selamat hari guru semua kepada semua guru terutama di
TADIKA kemas Taman tas...
SK BATU LAPAN,
SM(A) AL-IHSAN,
SMK PANDAN, IPSAH,
SK CONVENT FATHER BARRE,
SK SUNGAI PASIR KECIL,
SK SUNGAI LALANG dan kini Sekolah tetap iaitu
SK SUNGAI DUA....
SELAMAT HARI GURU cikgu cikgu semua......

2011/05/09

ANAK - anakku sayang..

pejam celik....
pejam celik...
celik x pejam2..
dah nak hampir 4 bulan aku mendapat title GURU...
bukan guru pelatih...
bukan juga guru praktikum...
tapi GURU BAHARU..
guru lah jugak tu..
huhu ~~~


sama2 dengan budak 5 WIRA...

yang depan sekali tu YAN.... sebelah dia shukri,
atas tu yg berdiri tu JU, n sebelah AFIZA...


ni budak yg aku sokmo kacau..(laki yang kepalanya hampir botak tu...)
nama dia ALIS... @ comot..
aku sokmo kacau budak ni.. bab kata kalu x kacau sehari tu.. x sah.. huhu...



Masa buat eksperimen SAINS.. sekarang bergelar guru SAINS k.. huhu,,,


comell x?? hehe...
ni geng.... budak 2S yg selalu aku citer kat blog nih...
tngok muka dia..
gara2 asyik main..
meh kita make up dia bg cantik punye...
huhu ~~~


bye.... nak buat keje lain..pe lagi.. dating kat FB ler..
ahaks ~~~


2011/05/08

keadaan tegang...

ouchhh.. keadaan sangat tegang...


takotnye bila ada orang yang naik angin..


bukan naik angin dengan kita...


tp aku terasa jugak anginnya...


ish2...


terpaksa lah buat invisible...


supaya tidak terkene tempiasnya..


huhu ..


tengah menunggu MENTOR..


aishh..


lama lah plk berita nih..


kang x pasal2 aku plk yang kene...


xper2...


buat2 COOL...


hahhahahha ~~~



2011/05/07

Bersantai - santai...

jom bersantai2.....
tp bukan di tepi pantai...
hanya di sekolah...
melihat anak2 yang sangat hept tatkala tengah bermain...
ada yang main karem.. main congkak.. badminton.. takraw...
macam2 lah...

diorng sangat hepy..
xdek plk duk pikir masalah dunia...
yang tau, sekarang masa diorng bermain...
huhu ~~~

teringat plk zaman sekolah rendah aku....
aku tngok gelak ketawa diorng... terpikir plk gelak ketawa aku masa zaman dulu duluuuu...
rindu plk pd waktu itu...

macam2...



BAHAN BANTU MENGAJAR





lama SUDAH ~~~

lama sudah x melawat laman blog aku nih..
huhu..

sekarang x tau nak buat entry apa...
dengan kamera yang ada pun dh rossak...
jdi apa2 aktiviti yang ada, aku x dpt nak tngkap gambo...
huhu ~~

rasa terkilan pun ada gak.. ish2..
kejap2 elok..
kejap2 x elok..
huhu ~~~

so.. al jawapannya.... kene BELI kamera baru lah tu..
ahaks...






2011/05/02

JUVANA ~~~

EPISOD 1

Seorang remaja berusia 17 tahun, Daim bin Yahya, ditahan atas tuduhan membunuh ibu serta teman lelaki ibunya. Memandangkan kes Daim masih dalam tempoh perbicaraan, Daim telah dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga kes pembunuhan ibunya selesai dibicarakan.

Di sekolah tersebut, kita diperkenalkan kepada watak Warden sekolah tersebut, Encik Raja, yang tegas, Guard yang tiada belas kasihan, Tony, timbalan Warden, Cikgu Ariffin serta guru kelas mekanik, Cikgu Azmee. Selain itu, kita juga ada watak makcik kantin, Auntie, yang sentiasa ceria dan mesra dengan semua pelajar serta anaknya yang cantik, Nadia, yang meluat dengan kerenah para pelajar sekolah itu.

Sebaik sahaja tiba di sekolah itu, Daim yang memang pendiam orangnya terpaksa berhadapan dengan samseng-samseng yang diketuai oleh Botak dan kuncu-kuncunya. Beliau dipukul, dan dipaksa menjadi balaci (hamba) kepada Botak.

Mujur, dia berjaya mendapat seorang rakan baru bernama Apek, bekas pelarian dari sekolah tersebut, yang arif tentang selok belok sekolah tersebut dan menceriakan keadaan dengan telatahnya yang lucu. Watak Daim yang pendiam juga turut mendapat perhatian dari Nadia, yang merasai ada sesuatu yang berbeza dengan perangai Daim, seolah-olah dia memang tak bersalah.

Salah seorang pelajar yang baru masuk bersama Daim, Black, turut menjadi perhatian Botak dan kuncu-kuncunya. Kerana kelancangan mulut Black, mereka telah membelasah Black sehingga dia jatuh sakit. Akibat tidak tahan dengan rungutan Black yang merayu untuk dihantar ke hospital, Botak dan kuncu-kuncunya telah memaksa Black untuk memanjat pagar asrama, mengatakan kalau dia nak ke hospital, dia cuma perlu keluar dari sekolah itu. Ketika itu, Black tergelincir dan jatuh.

RINDU - RINDUAN..




nampaknye..
sudah lama aku x mengupdate belog ni....
huhu... apa ntah.. dah bersawang agaknye....
nak kata Bz , x BZ pun...
tp tulah
masa internet sngat terhad....
bila nak mengupdate.. mula lah line x ok..
huhu
pape pun.. kini
kembali lagi..
huhu ~~~