Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
1.       Puasa enam dalam bulan Syawal (Sehari selepas 1 Syawal)
          ~ Seperti puasa selama setahun
2.       Puasa awal bulan Zulhijjah ~ 1 – 8 Zulhijjah.
3.       Puasa pada hari Arafah ~ 9 Zulhijjah
          ~ Menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya
4.       Puasa pada bulan Muharram
          ~ Setiap sehari mendapat pahala 30 hari
5.       Puasa pada hari Tasu’a ~ 9 Muharram
6.       Puasa pada Hari Asyura ~ 10 Muharram
          ~ Menghapuskan dosa setahun yang lalu
          ~ Hendaklah dikerjakan selama dua hari sama ada sehari sebelum atau sehari    
             selepas.
          ~ Lebih afdal dilakukan selama 3 hari berturut (9, 10 dan 11 Muharram)
7.       Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
8.       Puasa dalam bulan Sya’ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya’ban
          ~ Bulan diangkat amalan kepada Tuhan
9.       Puasa pada hari Isnin dan Khamis.
10.     Puasa tiga hari setiap pertengahan bulan Islam ~ 13,14 & 15
11.     Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat
          ~ Allah membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut                            
             dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka
          ~ Jika diikuti dengan derma pada hari Jumaat, diampunkan semua dosanya               
             hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada       
             segala dosa
Diantara hari-hari yang diharamkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
- Puasa pada hari syak ~ 30 Sya’ban
- Puasa pada 1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri)
- Puasa pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha)
- Puasa pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)
- Selepas 15 Sya’ban (Kecuali bagi puasa Qadha dan nazar)
Diantara hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
- Puasa pada hari ‘arafah bagi orang yang mengerjakan haji
- Puasa pada hari sabtu sahaja (ditunggalkan)
- Puasa pada hari jumaat sahaja (ditunggalkan)
- Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)
 











