2013/09/08

HARI PUASA sunat makruh dan haram ..

Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
1.       Puasa enam dalam bulan Syawal (Sehari selepas 1 Syawal)
          ~ Seperti puasa selama setahun
2.       Puasa awal bulan Zulhijjah ~ 1 – 8 Zulhijjah.
3.       Puasa pada hari Arafah ~ 9 Zulhijjah
          ~ Menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya
4.       Puasa pada bulan Muharram
          ~ Setiap sehari mendapat pahala 30 hari
5.       Puasa pada hari Tasu’a ~ 9 Muharram
6.       Puasa pada Hari Asyura ~ 10 Muharram
          ~ Menghapuskan dosa setahun yang lalu
          ~ Hendaklah dikerjakan selama dua hari sama ada sehari sebelum atau sehari    
             selepas.
          ~ Lebih afdal dilakukan selama 3 hari berturut (9, 10 dan 11 Muharram)
7.       Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
8.       Puasa dalam bulan Sya’ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya’ban
          ~ Bulan diangkat amalan kepada Tuhan
9.       Puasa pada hari Isnin dan Khamis.
10.     Puasa tiga hari setiap pertengahan bulan Islam ~ 13,14 & 15
11.     Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat
          ~ Allah membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut                            
             dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka
          ~ Jika diikuti dengan derma pada hari Jumaat, diampunkan semua dosanya               
             hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada       
             segala dosa

Diantara hari-hari yang diharamkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
  1. Puasa pada hari syak ~ 30 Sya’ban
  2. Puasa pada 1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri)
  3. Puasa pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha)
  4. Puasa pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)
  5. Selepas 15 Sya’ban (Kecuali bagi puasa Qadha dan nazar)

Diantara hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
  1. Puasa pada hari ‘arafah bagi orang yang mengerjakan haji
  2. Puasa pada hari sabtu sahaja (ditunggalkan)
  3. Puasa pada hari jumaat sahaja (ditunggalkan)
  4. Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)

5 ulasan:

  1. bagus ni . info yg bagos . teruskan

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,
    Wahai temanku, sudah lama tidak mendengar khabarmu. aku ni echa. chat box ko tak der, terpaksalah komen kat sini. oh ya, singgah nak beritahu yang blog aku dah tukar alamat. www.syasyabellyna.blogspot.com dan www.avellanda.blogspot.com. okey bye.

    BalasPadam
  3. ohoooo.. ok2.. weh fb ko pe dia yek.. hri tu aku buat baru..huhu

    BalasPadam
  4. patutlah dah lama tak nampak post fb ko. aku punya Marwah BintangMalam [cover bunga rose]. FB page, E-Novel Obsesi Cintamu Selebriti. Aku dah mula menulis. hehe... okey, buat entri banyak2. aku selalu jadi silence reader. ;)

    BalasPadam