……………………………………………….
……………………………………………….
………………………………………………..
Tuan,
MEMOHON
PEMBATALAN SAMAN KERANA NO PENDAFTARAN KENDERAAN DI SALAH GUNAKAN OLEH
KENDERAAN LAIN
Merujuk kepada perkara di
atas, saya telah membuat laporan polis berkaitan saman yang telah saya terima mengatakan
nombor pendaftaran kereta saya iaitu ###### jenis Perodua Viva telah dikenakan
saman .
2 Sebelum ini juga, saya telah menerima saman di daerah
Kuantan yang mengaitkan nombor pendaftaran kereta saya. Dua saman yang telah
saya terima sebelum ini telah dibatalkan oleh pihak polis trafik daerah
Kuantan.
3. Berikut disertakan sekali salinan Report Polis dan salinan
saman untuk rujukan pihak tuan. Saya berharap masalah penyalahgunaan nombor
pendaftaran kereta saya ini dapat diselesaikan secepat mungkin .
Kerjasama dari pihak tuan
amat saya hargai dengan ucapa ribuan terima kasih.
Sekian, Terima Kasih.
Saya yang menurut perintah,
……………………………………………