2016/11/02

CONTOH PEMBATALAN SAMAN


……………………………………………….
……………………………………………….
………………………………………………..
Tuan,
MEMOHON PEMBATALAN SAMAN KERANA NO PENDAFTARAN KENDERAAN DI SALAH GUNAKAN OLEH KENDERAAN LAIN
Merujuk kepada perkara di atas, saya telah membuat laporan polis berkaitan saman yang telah saya terima mengatakan nombor pendaftaran kereta saya iaitu ###### jenis Perodua Viva telah dikenakan saman .
2          Sebelum ini juga, saya telah menerima saman di daerah Kuantan yang mengaitkan nombor pendaftaran kereta saya. Dua saman yang telah saya terima sebelum ini telah dibatalkan oleh pihak polis trafik daerah Kuantan.
3.         Berikut disertakan sekali salinan Report Polis dan salinan saman untuk rujukan pihak tuan. Saya berharap masalah penyalahgunaan nombor pendaftaran kereta saya ini dapat diselesaikan secepat mungkin .
Kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai dengan ucapa ribuan terima kasih.
Sekian, Terima Kasih.

Saya yang menurut perintah,


……………………………………………

Tiada ulasan:

Catat Ulasan