Jom lepak kat merepek corner!!! Ada mengarut tapi bukan mecarut, Ada emosi, Ada informasi, Ada Gosip, Pengetahuan Am, Sejarah, Kesenian, Matematik, Sukan, Semualah...layan kan aje!!
2011/05/31
RAHSIA NAMA ~~
PANCING ikan.....
setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin
ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya....
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu
mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula....akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika ka mu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah
seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu
menganggapnya begitu istimewa....
anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah
bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa
meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....
sudah diberi HATI... jagalah hati .....
- apa kata post kali ni biarlah berilmiah sikit....
- heheehe...
- huhu...
MANUSIA diciptakan Allah terdiri daripada beberapa elemen utama sehingga mewujudkan identitinya iaitu jasad, akal, roh, nafsu dan hati. Namun, daripada semua unsur itu, paling penting dalam ajaran Islam yang diambil kira daripada keseluruhan amalan keagamaan adalah intinya, bentuk dalamannya iaitu hati. Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, baiklah seluruh jasad. Tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah itu ialah hati.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
”Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang hati kamu. Sesiapa yang memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah! Wahai anak Adam orang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu. (Hadis riwayat Muslim dan Tabrani)
Oleh itu, hati memainkan peranan penting dalam mencerminkan dan juga menentukan kemuliaan atau kehinaan peribadi seorang. Hati juga dianggap ejen penentu kepada hidup dan matinya jasad manusia. Tidak berfungsi anggota badan secara keseluruhan kerana terlucut roh yang bertapak dalam hati. Hatilah tempat bertapak iman, takwa, sifat mahmudah, niat dan pada masa lain, di sini juga terletak kekufuran, nifaq dan sifat mazmumah.
Rasulullah sentiasa berdoa kepada Allah iaitu: “Ya Allah! Ya Tuhanku! Yang membolak-balikkan hati! Tetapkanlah hatiku di atas landasan agama-Mu.”
Apabila ditinjau dalam al-Quran, banyak ayat membicarakan hal hati terutama hati bersih lagi suci daripada dosa dan maksiat. Hati bersih diterangi cahaya Ilahi dan tidak terselit sedikit pun keraguan dan syirik. Seterusnya, hati bersih yakin segala yang wujud di alam semesta dicipta Allah, sekali gus bertindak sebagai pentadbir mutlak ke atas alam. Hati bersih juga terhindar daripada dendam, dengki, fitnah dan sifat tercela lain.
Dengan kata lain, hati bersih dipenuhi iman, hidayah petunjuk dan takwa. Di dalamnya, sarat dengan gelora kerinduan, kecintaan, ketaatan dan tunduk yang kudus kepada Allah. Justeru, hati menjadi tempat bertapak nilai kebaikan seperti khusyuk, tawaduk, sabar, tawakal, syukur, istiqamah, pemaaf dan sifat mahmudah lain.
Perlu ditegaskan Allah memberikan ganjaran kepada hamba-Nya yang berniat untuk melakukan kebajikan, tetapi Allah tidak pula mencatatkan keburukan ataupun dosa kepada seorang yang hanya berniat di hati untuk melakukannya. Demikianlah betapa Allah bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-Nya.
2011/05/30
APABILA seorang CIKGU x ada kerje...
CUTI sekolah...
2011/05/28
jom buat TEH tarik.... huhu
SEWANG ...
2011/05/18
ANTARA kaca dan plastik..
HARI GURU............
2011/05/09
ANAK - anakku sayang..
2011/05/08
keadaan tegang...
2011/05/07
Bersantai - santai...
lama SUDAH ~~~
2011/05/02
JUVANA ~~~
EPISOD 1
Seorang remaja berusia 17 tahun, Daim bin Yahya, ditahan atas tuduhan membunuh ibu serta teman lelaki ibunya. Memandangkan kes Daim masih dalam tempoh perbicaraan, Daim telah dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga kes pembunuhan ibunya selesai dibicarakan.
Di sekolah tersebut, kita diperkenalkan kepada watak Warden sekolah tersebut, Encik Raja, yang tegas, Guard yang tiada belas kasihan, Tony, timbalan Warden, Cikgu Ariffin serta guru kelas mekanik, Cikgu Azmee. Selain itu, kita juga ada watak makcik kantin, Auntie, yang sentiasa ceria dan mesra dengan semua pelajar serta anaknya yang cantik, Nadia, yang meluat dengan kerenah para pelajar sekolah itu.
Sebaik sahaja tiba di sekolah itu, Daim yang memang pendiam orangnya terpaksa berhadapan dengan samseng-samseng yang diketuai oleh Botak dan kuncu-kuncunya. Beliau dipukul, dan dipaksa menjadi balaci (hamba) kepada Botak.
Mujur, dia berjaya mendapat seorang rakan baru bernama Apek, bekas pelarian dari sekolah tersebut, yang arif tentang selok belok sekolah tersebut dan menceriakan keadaan dengan telatahnya yang lucu. Watak Daim yang pendiam juga turut mendapat perhatian dari Nadia, yang merasai ada sesuatu yang berbeza dengan perangai Daim, seolah-olah dia memang tak bersalah.
Salah seorang pelajar yang baru masuk bersama Daim, Black, turut menjadi perhatian Botak dan kuncu-kuncunya. Kerana kelancangan mulut Black, mereka telah membelasah Black sehingga dia jatuh sakit. Akibat tidak tahan dengan rungutan Black yang merayu untuk dihantar ke hospital, Botak dan kuncu-kuncunya telah memaksa Black untuk memanjat pagar asrama, mengatakan kalau dia nak ke hospital, dia cuma perlu keluar dari sekolah itu. Ketika itu, Black tergelincir dan jatuh.