ALHAMDULLILLAH..
Jom lepak kat merepek corner!!! Ada mengarut tapi bukan mecarut, Ada emosi, Ada informasi, Ada Gosip, Pengetahuan Am, Sejarah, Kesenian, Matematik, Sukan, Semualah...layan kan aje!!
2013/01/21
Ya Allah! Engkau celikkanlah rohku
Ya Allah! Engkau celikkanlah rohku
Agar jasad lahirku patuh kepada-Mu
Hidupkanlah jiwaku agar jawariahku
Taat dan setia kepada-Mu
Tuhan!
Hidupkanlah rohku dengan mengingati-Mu
Tuhan!
Hidupkanlah jiwaku dengan rasa bertuhan
Bangunkanlah jiwaku dengan rasa kehambaan
Agar fitrahku dapat dikembalikan
kepada asal kejadian
Fitrah semula jadi sebelum dirosakkan
Dia telah kenal Tuhan
Dia telah berjanji kepatuhan dan ketaatan
Tuhan!
Janganlah Engkau biarkan rohku di dalam kebutaan
Nanti kelak dia tidak akan kenal lagi kebenaran
Janganlah Engkau tinggalkan jiwaku buta
Hingga dia tidak kenal lagi Tuhan dan kebenaran
Tuhan!
Peliharalah fitrahku
Janganlah sampai ada yang merosakkannya
Jagalah fitrahku agar ia tetap dengan sifat asalnya
Tuhan!
Rosak fitrahku
Maka rosaklah jawarihku
Rosak fitrahku, rosak pulalah syariatku
Yang paling aku takut, jangan sampai rosak
perhubunganku dengan Tuhan
Kalau berlaku, punahlah kehidupanku
dunia dan akhirat
Sia-sialah umur dan kehidupanku
Malanglah aku dan binasalah aku
Oleh itu sekali lagi harapanku kepada-Mu
Jagalah fitrah semula jadiku
Aku tidak mampu menjaganya kerana banyak ujian
Engkau sajalah yang mampu menjaganya
Wahai Tuhan!
SELAMAT HARI BAPA & SELAMAT HARI JADI
SELAMAT............
esok adalah 21 hb, adalah hari bapa seterusnya adalah hari Jadi untuk bapa saya...
CERITA TAULADAN
Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga $3.00
Tolong sapu sampah $3.00
Jumlah : $17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada muka surat yang ditulisnya.
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga $3.00
Tolong sapu sampah $3.00
Jumlah : $17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada muka surat yang ditulisnya.
pic ni lukis sendiri tau!!
masa aku uruskan persatuan SAINS...
budak2 dgn aktiviti mereka..
aku dengan karya aku nih..
hhaha..
huhu ~~
TUGAS, TANGGUNGJAWAB SERTA PERATURAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR
a) Encik Razi adalah seorang
Penolong Pegawai Tadbir yang dipertanggjawabkan mengawal keselamatan
kunci-kunci keselamatan di jabatannya. Apakah tugas dan tanggungjawab serta
peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh Encik Razi dalam menguruskan kunci-kunci
tersebut.
Pengenalan
Sistem
pengurusan dalam sesebuah jabatan sangat penting untuk menjamin kelancaran
sesebuah organisasi. Ketua Jabatan memainkan peranan penting dan
bertanggungjawab sepenuhnya mengenai keselamatan di dalam jabatannya. Setiap
pegawai yang telah dilantik mempunyai bidang tugas yang tersendiri mengikut
prospek tugas masing-masing. Pegawai yang telah dilantik mesti memastikan
setiap tugas yang perlu dilakukannya berjalan dengan lancar tidak kira mengikut
hari, minggu mahupun bulan. Salah satu bidang tugas yang wajib ada dalam
sesebuah organisasi ialah bidang tugas sebagai seorang Penolong Pegawai Tadbir.
Encik
Razi merupakan seorang Penolong Pegawai Tadbir di jabatannya. Sebagai seorang
Penolong Pegawai Tadbir yang telah dilantik, beliau mempunyai tugas-tugas yang
tersendiri bagi melancarkan sesuatu urusan. Sebagai seorang penolong pegawai
tadbir di sesebuah organisasi atau jabatan seseorang itu perlulah memiliki
sikap integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab
agar dihormati oleh semua pihak yang terlibat samada secara langsung mahupun
tidak langsung. Integriti sebenarnya merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan
cekap dalam melakukan dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik.
Seorang Penolong Pegawai Tadbir juga perlu bijak dalam menghadapi sebarang
masalah dengan penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku dan menjejaskan
aktiviti atau perancangan di sesebuah jabatan.
Terdapat pelbagai tugas Penolong Pegawai Tadbir, antaranya ialah seperti
menjaga kunci-kunci keselamatan di jabatannya serta mengawal mesin-mesin
penyalin di bahagian yang menguruskan dokumen terperingkat supaya sentiasa
berada dalam keadaan baik dan selamat. Oleh hal yang demikian, seorang Penolong
Pegawai Tadbir yang telah dilantik hendaklah bertanggungjawab atas tugas yang
telah diamanahkan kepadanya.
Tugas Seorang Penolong Pegawai Tadbir
Secara
umumnya, terdapat banyak bidang tugas bagi seorang yang bergelar Penolong
Pegawai Tadbir. Antaranya ialah seperti berikut ;
1) Menjalankan
tugas-tugas berhubung dengan urusan perkhidmatan , Pengurusan Pentadbiran
Pejabat, Pengurusetiaan, Pengurusan Rekod, Pengurusan kewangan, Pengurusan Fail
dan Penyediaan surat atau dokumen yang diperlukan.
2) Namun
skop dan bidang tugas yang dipertanggungjawabkan kepada Penolong Pegawai Tadbir
yang berkhidmat di sekolah adalah pelbagai. Seorang pegawai bukan sahaja
menjalankan tugasan seharian tetapi juga dikehendaki mewakili pihak pengurusan
untuk memberi latihan dan menyampaikan taklimat dalam hal Perkhidmatan,
Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan kepada Penjawat-Penjawat Awam yang baru
dilantik tanpa mengira gred dan jawatan.
3) Selain
itu, Penolong Pegawai Tadbir juga bertanggungjawab dalam menguruskan
kunci-kunci keselamatan di sesebuah jabatannya.
Contoh
carta organisasi untuk jabatan (sekolah) ada ditunjukkan di Lampiran A.
Penolong Pegawai Tadbir adalah merupakan
aset terpenting untuk memastikan fungsi dan bidang tugas dapat dilaksanakan
mengikut piawaian yang telah ditetapkan dengan sempurna. Mereka ini sebenarnya
perlu sentiasa berada dalam keadaan peka dan responsif dalam konteks
perlaksanaan tugas bagi menggerakkan dan memajukan sesebuah organisasi supaya
lebih maju dan berdaya saing.
Peraturan
Kunci Keselamatan
Garis Panduan dan Peraturan Kunci
Keselamatan dikeluarkan adalah sebagai panduan bagi meningkatkan lagi kualiti
keselamatan di sesebuah organisasi atau jabatan. Ketua Jabatan bertanggungjawab
terhadap melaksanakan sistem pegawai keselamatan yang bertugas bagi menjamin
tahap keselamatan termasuklah dalam menguruskan kunci-kunci keselamatan yang
ada. Seperti yang sedia maklum, seorang Penolong Pegawai Tadbir telah diberi
tanggungjawab dalam menguruskan kunci-kunci keselamatan. Pegawai berkenaan
perlulah peka atas bidang tugas yang telah di amanahkannya.
Antara tugas dan tanggungjawab seorang
Penolong Pegawai Tadbir yang dipertanggungjawab mengawal keselamatan
kunci-kunci keselamatan di jabatannya adalah seperti berikut :
1) Bertanggungjawab
ke atas semua perkara berkaitan dengan kunci dan anak kunci termasuk
kunci-kunci keselamatan iaitu kunci bilik fail, kunci kabinet, kunci peti besi
dan sebagainya yang ada dalam simpanannya.
2) Menyelenggarakan
sebuah Buku Data kunci yang mengandungi senarai lengkap ke semua anak kunci
yang digunakan serta mengemaskinikannya dan membuat audit ke atas kunci-kunci
tersebut.
3) Memastikan
supaya anggota yang diamanahkan dengan kunci-kunci keselamatan bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap keselamatan kunci-kunci tersebut.
4) Memastikan
supaya anak kunci termasuk kunci-kunci pendua dilabel dan ditandakan dengan
nama dan tempat di mana anak kunci itu akan digunakan. Hanya kod sahaja yang
boleh digunakan untuk melabel anak kunci jika perlu.
5) Memastikan
supaya anak kunci termasuk kunci pendua di simpan di dalam peti keselamatan
yang berkunci dan peti keselamatana tersebut hendaklah disimpan di dalam bilik
anggota yang bertanggungjawab terhadap kunci-kunci tersebut.
6) Buku
pergerakan anak kunci hendaklah diwujudkan bagi merekodkan pergerakan anak
kunci tersebut. Pergerakan kunci perlu di rekod dengan butiran seperti nama,
waktu dan tandatangan anggota yang mengambil kunci tersebut.
7) Memastikan
supaya anak kunci pendua tambahan tidak sekali-kali boleh dibuat tanpa
kebenaran.
8) Memastikan
supaya peti besi diselenggara dengan betul. Nombor kombinasi peti besi
hendaklah ditukar setahun sekali atau apabila anggota yang mengetahui nombor
kombinasi tersebut telah bertukar atau berhenti.
9) Memastikan
supaya setiap anggota yang bertukar atau berhenti menyerahkan balik kesemua
anak kunci yang ada di dalam simpanannya.
10) Nombor
tatakira hendaklah ditulis pada sekeping kertas dan dimasukkan ke dalam sampul
surat yang dimeteri dan ditanda Rahsia Besar. Nama dan Jabatan pengguna serta
tarikh kertas itu dimasukkan ke dalam sampul surat hendaklah ditulis di luar
sampul surat tersebut dan dimasukkan ke dalam salinan sampul surat lagi. Nombor
tatakira itu hendaklah dihantar kepada Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan untuk
disimpan kecuali jika peraturan lain telah dibuat dengannya.
11) Setiap kakitangan yang
bertanggungjawab memegang kunci-kunci bilik khas perlu mengetahui jenis-jenis
peti keselamatan yang digunakan bagi penyimpanan barangan atau alatan dan
suratan yang SULIT.
12) Kehilangan
anak kunci keselamatan hendaklah dilaporkan segera kepada Pegawai Ketua
Jabatan. Ketua Jabatan akan menyiasat kehilangan tersebut dan mengemukakan
laporan kepada Pegawai dalam masa 24 jam.
13) Sistem kunci induk atau kunci induk kecil
boleh juga diwujudkan di Jabatan-jabatan yang tertentu.
Berikut
merupakan beberapa jenis peti keselamatan yang kebiasaanya terdapat di mana-mana
bahagian pengurusan di sesebuah jabatan. Antaranya ialah :
1)
Bilik
kebal atau bilik kebal yang diubah suai
2)
Peti
besi
3)
Kabinet
keluli
4)
Almari
keluli
5)
Peti
yang dibuat bagi tujuan khas
6)
Peti
atau beg berkunci
Terdapat beberapa kunci yang
dipasang dengan nombor siri untuk tujuan keselamatan. Pegawai berkenaan
yang telah diberi amanah hendaklah memastikan beberapa peraturan perlu di
patuhi dalam menguruskan kunci-kunci yang mempunyai nombor keselamatan.
Antaranya;
1) Menukar nombor tiap-tiap setahun
sekali atau orang mengetahui bertukar atau meninggalkan perkhidmatan atau
disyaki nombornya telah dikompromi.
2) Menulis nombor dalam sekeping kertas
dan dimasukkan dalam sampul surat yang dimeteri dan ditandakan Rahsia
Besar, nama dan jabatan pengguna serta tarikh kertas itu dimasukkan ke dalam
sampul surat hendaklah ditulis diluar sampul surat tersebut dan dimasukkan ke
dalam satu sampul surat lagi. Nombor tatakira itu hendaklah dihantar
kepada KPKK untuk di simpan kecuali jika peraturan lain telah di buat.lain-lain
rekod berkenaan nombor tatakira ini tidak sekali-kali boleh dibuat.
Penyimpanan Anak Kunci
a) Pemegang anak kunci adalah sentiasa
bertanggungjawab menyimpan anak kunci dengan selamat dan mengguna anak kunci
tersebut dengan sepatutnya
b) Pengawai yang didapati bersalah
kerana cuai mengenai penyimpanan anak kunci boleh dikenakan tindakan
tatatertib.
c) Jika pemegang kunci tidak dapat
menjalankan tugasnya, anak kunci hendaklah diambil alih oleh ketua jabatan
semula.
Kehilangan Anak Kunci
Kehilangan
anak kunci keselamatan hendaklah dilaporkan segera kepada Pegawai Keselamatan
Jabatan atau Ketua Jabatan yang akan menyiasat dan mengemukakan laporannya
kepada Pegawai Keselamatan Kerajaan dalam masa 24 jam. Pejabat atau peti
keselamatan itu hendaklah dianggap sebagai tidak selamat selagi kuncinya tidak
digantikan kecuali dalam keadaan yang tertentu sahaja apabila dibuktikan bahawa
anak kunci yang hilang itu tidak mungkin jatuh ke tangan orang yang tidak
dibenarkan. Jika anak kunci keselamatan terbukti hilang, Ketua Jabatan
hendaklah menimbang sara atau tindakan tatatertib diambil atau penyiasatan di
bawah Akta RahsiaRasmi 1972 patut dijalankan. Laporan kepada Balai Polis yang
terdekat hendaklah dibuat sekiranya difikirkan sesuatu kesalahan jenayah telah
berIaku.
Kesimpulannya,
jika berlaku sebarang kehilangan anak kunci, pengawai berkenaan perlu mengambil
langkah tersebut:-
1) Perlu melapor segera kepada ketua
Pengawai Jabatan (KPJ) atau ketua jabatan.
2) Lapor kepada pegawai keselamatan
kerajaan dalam tempoh 24 jam
3) Laporan mengandungi pandangan atau
tafsiran bahaya.
4) Pejabat atau peti keselamatan itu
hendaklah dianggap tidak selamat selagi kuncinya tidak digantikan kecuali
dibuktikan anak yang kunci yang hilang itu tidak mungkin jatuh ketangan orang
yang tidak dibenarkan.
5) Jika anak kunci keselamatan terbukti
hilang,ketua jabatan hendaklah menimbang sama ada atau tidak tindakan
tatatertib diambil atau penyesiatan dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972 patut
dijalankan. Laporan kepada balai polis yang terdekat hendaklah dibuat sekiranya
difikirkan sesuatu kesalahan jenayah telah berlaku.
Tannggungjawab Mengendali Kunci Keselamatan Peti Besi
1)
Setiap
jabatan bertanggungjawab mempunyai peti besi yang boleh digunakan
untuk menyimpan barangan berharga atau sulit.
2)
Peti
besi perlu mempunyai dua kunci berasingan atau menggunakan satu kunci dan
kunci berkombinasi.
3)
Setiap
kunci dipegang oleh pegawai yang ditugaskan bertanggungjawab diberi kuasa cara
bertulis oleh Ketua Jabatan. Pegawai-pegawai itu hendaklah dari masa
ke semasa mengesahkan dan memperakui akan kunci yang dipegang dan
kandungan peti besi itu.
Semakan Kandungan Peti Besi
Tugas
lain yang perlu bagi pegawai-pegawai yang diamanahkan memegang kunci
keselamatan ialah mesti membuat semakan secara berkala. Satu buku Daftar
Kandungan dan Semakan Peti Besi perlu diwujudkan oleh ketua jabatan supaya
dapat dikemaskinikan dari semasa ke semasa oleh pemegang anak kunci untuk
tujuan semakan. Selain Buku Daftar dan Semakan Peti Besi itu diwujudkan, perlu
juga disedikaan Buku Tunai dan Rekod,Cek-cek Kosong. Apabila semakan terhadap
peti besi dilakukan, pegawai yang menyemak pula hendaklah merujuk kepada Buku
Daftar itu. Setiap kali selepas semakan dilakukan oleh pegawai di jabatan,
pemegang kunci bertanggungjwab untuk menyediakan senarai baru di helaian
lain dalam Buku Daftar dan Semakan Peti Besi untuk tujuan kemaskini dan sebagai
persediaan semakan akan datang.
Kunci Dan Peti Keselamatan Kunci
Pemilihan
kunci dan kunci mangga termasuk kunci keselamatan yang bermutu terutamanya
untuk pintu-pintu pejabat dalam kawasan terperingkat dan peti-peti keselamatan
adalah amat mustahak. Tidak ada kunci yang tidak dapat dibuka jika masa dan
keadaan mengizinkan tetapi kunci yang bermutu dapat menghalang akan melambatkan
sebarang percubaan untuk membukanya. Kunci dan kunci mangga
sekurang-kurangnya hendaklah daripada jenis 5 tuil yang diperbuat daripada keluli
yang kuat dan tidak mudah dibuka dengan kekerasan dan dibakar. Rangka-rangka
kunci juga hendaklah daripada buatan yang teguh. Rujukan kepada Pegawai
Keselamatan Kerajaan hendaklah dibuat untuk pemilihan kunci.
Peti Keselamatan
Peti
keselamatan yang digunakan untuk menyimpan dokumen-dokumen dan
bahan- bahan terperingkat sarna ada secara tetap dan sementara adalah
terbahagi kepada enam jenis seperti berikut:
a) bilik kebal alan bilik kebal yang
diubahsuaikan.
b) peti besi.
c) kabinet keluli.
d) almari keluli.
e) peti yang dibuat bagi tujuan khas.
f) peti dan beg berkunci.
MESIN PENYALIN / DOKUMER TERPERINGKAT
b) Mesin-mesin penyalin di bahagian yang
menguruskan dokumen terperingkat juga perlu diawasi. Nyatakan
peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi.
Pengenalan
(Definisi Dokumen Terperingkat)
Definasi
dokumen terperingkat ialah merupakan Dokumen atau surat rasmi yang dikelaskan
kepada Rahsia, Sulit dan Terhad. Pihak kerajaan telah menyediakan
peraturan-peraturan mengenai pengurusan dokumen-dokumen terperingkat. Ia wajib
dipatuhi oleh semua Pegawai-Pegawai Awam. Dokumen rasmi sebenarnya terbahagi
kepada dua jenis iaitu dokumen terperingkat dan dokumen tidak terperingkat.
Dokumen tidak terperingkat ialah dokumen rasmi yang mengandungi maklumat rasmi
tetapi tidak bertanda dengan satu peringkat keselamatan. Ia merupakan sebagai harta kerajaan dan perlu diberikan
perlindungan keselamatan secukupnya. Langkah-langkah kerajaan adalah bertujuan
untuk mengawal keselamatan dan memastikan bahan-bahan tersebut yang merupakan
aset kepada sesuatu jabatan dalam keadaan baik dan selamat supaya tidak
terjatuh ke tangan orang atau pihak-pihak tertentu yang boleh mendatangkan
ancaman dan keselamatan kepada sesebuah jabatan.
Untuk
mengetahui mengenai Dokumen Terperingkat pula ialah merupakan dokumen
rasmi yang mengandungi maklumat rasmi yang mesti diberi perlindungan untuk
kepentingan keselamatan dan yang bertanda dengan sesuatu peringkat keselamatan. Dokumen diakaunkan ialah dokumen
terperingkat yang mempunyai edaran luas yang dikehendaki untuk disimpan dalam
jangka masa yang tidak ditetapkan dan atas sebab-sebab keselamatan dikehendaki
diakaunkan oleh pemegangnya pada tempoh-tempoh masa yang tertentu.
Dokumen–dokumen yang diakaunkan hendaklah diberi nombor-nombor siri mengikut
bilangan salinan dan tidak boleh dibinasakan tanpa kebenaran pemula. Pemula
adalah dikehendaki untuk menyelanggarakan senarai pembahagian dokumen tersebut
dan membuat semakan setahun sekali untuk
menentukan dokumen-dokumen tersebut masih di dalam simpanan pemegang-pemegang
asal kecuali apabila pemegang itu
bertukar beliau hendaklah menyerahkan dokumen tersebut kepada penggantinya.
Mesin Penyalin
1) Ketua jabatan bertanggungjawab
melantik seorang pengawai bagi mengawasi masin penyalin dan buku daftar
penggunaan perlu diwujudkan supaya penggunaan mesin penyalin dapat dikawal
daripada menyalinan sebarang dokumen tanpa kebenaran.
2) Mesin penyalin juga hendaklah
disimpan dalam bilik yang berkunci supaya penggunaan mesin penyalin dapat
diminimakan atau digunakan tanpa dikawal.
3) Kakitangan yang ekses perkara
terperingkat sahaja boleh ditugaskan untuk membuat salinan dokumen berkenaan.
4) Jumlah salinan yang dibuat ialah
salinan yang diluluskan salinan yang rosak perlu dibinasakan.
5) Semakan ke atas buku daftar
hendaklah dibuat bagi menentukan semua salinan mengikut peraturan.
Sebarang penyelewengan dan penyalahgunaan mesin penyalin hendaklah dilaporkan
kepada ketua jabatan.
Kawalan Mesin Fax
1) Dokumen terperingkat dielakkan di
hantar melalui mesin fax.
2) Letakkan di tempat yang sesuai
seperti bilik pembantu khas atau bilik khas berkunci.
3) Kakitangan yang di benarkan sahaja
menggunakan mesin fax
4) Tujuan peraturan.
5) Menentukan jenis dokumen yang boleh
dan tidak boleh dihantar
6) Menerangkan peraturan yang perlu
diikuti semasa menghantar dan menerima dokumen.
7) Mempastikan penggunaan mesin
faksimili lebih teratur dan berkesan
Penempatan Dan Kawalan
1)
Tempat
yang sesuai iaitu bilik pembantu khas kepada Ketua Jabatan dan mestilah berkunci.
2) Pegawai atau staf yang dibenarkan
sahaja mengendalikan urusan melalui mesin fax.
3)
Semakan
ke atas buku daftar hendaklah dibuat bagi menentukan semua salinan adalah
mengikut peraturan. Sebarang penyelewengan dan penyalahgunaan mesin
penyalin hendaklah dilaporkankepada Ketua Jabatan.
Keperluan Kawalan
Memberikan
perlindungan terhadap dokumen Terperingkat daripada:
1)
Dapat
diketahui atau dilihat oleh orang-orang yang tidak berhak mengetahui.
2)
Kebocoran
maklumat, kecurian dan kebakaran.
Keselamatan Dokumen
1) Kawalan ke atas dokumen rahsia rasmi
dan dokumen rasmi daripada pendedahan tanpa kebenaran.
2) Dokumen teperingkat ialah dokumen
rasmi yang mengandungi maklumat yang mesti diberi perlindungan keselamatan
Pengurusan Dokumen Terperingkat
Bagi
memulakan pengurusan Dokumen Terperingkat, perlulah bermula dengan sistem
pendaftaran rahsia atau sulit. Sistem ini wujud bertujuan bagi menerima,
memproses, menyimpan dan menghantar dokumen terperingkat supaya dapat diuruskan
secara berasingan daripada Dokumen Tidak Terperingkat. Pengurusan ini diselia
oleh penjawat awam yang berjawatan tetap, iaitu dikenali sebagai pendaftar
rahsia.
Antara
tugas dan tangunggjawab Pendaftar Rahsia adalah ;
1)
Menyimpan satu rekod yang peringkat tidak rendah
daripada sulit.
2)
Menerima dan memproses dokumen terperingkat dan
mengedar kepada pegawai.
3)
Menghantar dokumen terperingkat dengan selamat dan
diterima.
4)
Menyelenggara satu sistem pergerakan fail
terperingkat dan membuat audit fail secara berkala.
5)
Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Ketua Jabatan
tentang keselamatan Pendaftaran Rahsia termasuk penyimpanan.
Peringkat
Keselamatan terbahagi kepada 4 iaitu :
1)
Rahsia Besar
2)
Rahsia
3)
Sulit
4)
Terhad
Rahsia
Besar merupakan maklumat rasmi dan
bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan
yang amat besar kepada Malaysia, hendaklah diperingkatkan RahsiaBesar.
Contohnya:
I.
Kertas Jemaah Menteri.
II.
Perancangan Gerakan & Penempatan barisan
tentera.
III.
Surat menyurat dengan Negara asing berhubung
Perdagangan & pertahanan yang penting.
Rahsia
ialah dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa
kebenaranakan membahayakan keselamatan negara, menyebabkan kerosakan besar
kepada kepentingandan martabat Malaysia atau memberi keuntungan besar kepada
sesebuah kuasa asinghendaklah diperingkatkan Rahsia.
Contohnya:
I.
Arahan penting untuk perwakilan Malaysia dengan
Negara asing
II.
Maklumat penting pemasangan angkatan tentera.
III.
Maklumat penting aktiviti subversive dan
kegiatannya.
Sulit merupakan Dokumen rasmi, maklumat
rasmi dan bahan rasmi, yang jika didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan
keselamatan negara tetapi memudaratkan kepentingan atau martabat Malaysia atau
kegiatan Kerajaan atau orang perseorangan atau akan menyebabkan keadaan
memalukan atau kesusahan kepada pentadbiran atau akan menguntungkan sesebuah
kuasa asing hendaklah diperingkatkan Sulit. Contohnya adalah seperti :
I.
A)Laporan
perisikan biasa
II.
B)
Maklumat yang member faedah kewangan jika terdedah sebelum masa.
Terhad ialah Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan
bahan rasmi selain daripada yang diperingkatkan Rahsia Besar,Rahsia atau Sulit
tetapi berkehendakan juga diberi satu tahap perIindungan keselamatan hendaklah
diperingkatkan Terhad. Persendirian dalam hal-hal yang terkecuali apabila
didapati mustahak di atas sebab-sebab keselamatan untuk menghadkan pengetahuan perkara
terperingkat kepada orang atau orang-orang perseorangan maka mungkin perIu
ditambah tanda Persendirian kepada salah satu daripada peringkat-peringkat
keselamatan. Contoh
dokumen yang diperingkatkan Terhad ialah seperti buku-buku Jabatan bagi maksud
arahan, perintah-perintah dan arahan-arahan biasa Jabatan dan dokumen-dokumen
mengenai bekalan barang-barang dan alat-alat kelengkapan biasa tentera dan
polis. Penyimpanan dokumen yang diperingkatkan terhad juga sama seperti dokumen
yang diperingkatkan Sulit iaitu di dalam kabinet keluli atau almari keluli dan
untuk disimpanan sementara dalam lain-lain peti yang berkunci seperti yang
dibenarkan oleh Pegawai Keselamatan Jabatan. Kulit Fail Terhad ialah berwarna
putih. Dokumen–dokumen yang sudah diperingkatkan ini hendaklah ditanda dengan
peringkat keselamatan yang kekal dan teguh terjilid dengan huruf cerai atau
dicap huruf besar disebelah luar kulit hadapan dan belakang, dimuka tajuk,
dimuka surat pertama. Nombor rujukan fail hendaklah ditulis disebelah luar
kulit hadapan dan tajuknya dicatatkan di sebelah dalam kulit hadapan. Hanya
tajuk bagi fail yang diperingkatkan Terhad sahaja boleh dicatatkan disebelah
luar kulit hadapan.
Penghantaran Dokumen Terperingkat
Sistem
Satu Lapis Sampul Surat
1)
Dihantar
melalui peti berkunci. Sampul ditanda keselamatan dan di metri.
Sampul
Dua Lapis Sampul Surat.
1)
Di
hantar menggunakan sampul surat lain dan di gam.
2)
Sampul
surat disebelah dalamdi tanda peringkat keselamatan dan di metri.
Pengurusan
Membawa Dokumen Terperingkat Keluar.
1)
Tidak
dibenarkan di bawa keluar kecuali untuk urusan rasmi dalam waktu pejabat.
2)
Tidak
boleh dibawa balik ke rumah kecuali atas sebab yang tidak boleh dielakkan
dengan mendapat kebenaran bertulis dari ketua setiausaha atau setiausaha
kerajaan negeri.
Pemusnahan Dokumen Terperingkat.
1) Tidak boleh dimusnahkan melainkan
mengikut arahan kerajaan.
2) Hendaklah dirujuk kepada Pengawai
Keselamatan Kerajaan dan Ketua Pengarah Arkib Negara.
3) Dokumen terperingkat hendaklah
dikoyak secara kecil-kecilan dan dibakar. Abunya hendaklah dihancurkan sehingga
tidak dikenali.
4) Satu sijil pemusnahan hendaklah
dihantar kepada Kuasa Pemula Dokumen tersebut.
5) Sekiranya Kuasa Pemula tidak wujud
lagi, hendaklah dirujuk kepada PengawaiKeselamatan Kerajaan sebelum dokumen
dimusnahkan.
Pengurusan Sekiranya Berlaku
Kehilangan Dokumen Terperingkat.
1)
Jabatan
yang terlibat mestilah mencari dengan segera.
2)
Jabatan
hendaklah melaporkan kepada PKJ atau ketua jabatan.
3)
Siasatan
hendaklah dilakukan dan laporan taksiran bahaya terhadap keselamatan kepada PKK
didalam masa 24 jam.
4)
Perlu
dimaklumkan segera kepada Pemula Dokumen.
5)
Ketua
Jabatan perlu mempertimbangkan tindakan tatatertib perlu dilakukan atau tidak.
6)
Jika
tedapat unsur jenayah, ketua jabatan hendaklah melaporkan kepada balai polis
yang berdekatan.
Rahsia Rasmi
Rahsia
Rasmi merupakan apa-apa suratan yang dinyatakan dalam jadual dan apa-apa
maklumat dan bahan berhubungan dengannya dan termasuklah apa-apa suratan
rasmi,malumat dan bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai Rahsia
Besar, Rahsia, Sulit, Terhad, mengikut mana yang berkenaan, oleh seorang
menteri, Menteri Besar, atau Ketua Menteri sesuatu negeri atau mana-mana
pengawai awam yang dilantik di bawah seksyen 2B.SEKSYEN 2 AKTA RAHSIA RASMI 1972
KESALAHAN DALAM MEMBOCOR KAN RAHSIA JABATAN.
SEKSYEN
17A PEMBELAAN SEDIA ADA KEPADA PENGAWAI AWAM.
Mana
mana orang yang dituduh dengan apa-apa kesalahan dibawah akta ini tidaklahboleh
disabitkan jika dia membuktikan yang dia melakukan mana-mana perkara itudalam
menjalankan tugas rasminya atau dengan kuasa sepatutnya.
SEKSYEN
8 (2) (BARU) PENALTI
Jika
seseorang menerima atau memberi sesuatu rahsia rasmi dan kesalahan dengan
aktaini, maka kesalahannnya boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak kurangdaripada
satu tahun tetapi tidak melebihi dari tujuh tahun.
Langgan:
Catatan (Atom)