2009/10/04

BUDAYA BABA DAN NONYA

Pasangan pengantin Baba NyonyaPasangan pengantin bersama pengiringkanak-kanakBUDAYA BABA DAN NYONYAPengenalan budaya Baba Nyonya :

Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura. Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Generasi Nyonya (Baba perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang Melayu.

Pakaian :
Pakaian masyarakat Baba dan Nyonya juga mempunyai pengaruh daripada cara berpakaian masyarakat Melayu. Kebanyakan generasi Nyonya (kaum perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh kaum-kaum perempuan masyarakat Melayu. Pakaian kebaya dan sarong ini merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Pakaian kebaya dan sarong ini telah di asimilasikan oleh nenek moyang mereka yang terdahulu dengan cara berpakaian masyarakat Melayu dan diwarisi oleh generasi ke generasi sehingga sekarang.Pakaian baju kebaya ini dibuat daripada kain atau benang sutera. Kebaya ini dibuat sendiri dengan menggunakan seni sulaman tangan yang halus dan terperinci. Kini, harga pasaran bagi kebaya Nyonya ini adalah agak tinggi di pasaran.

Bahasa :
Bahasa masyarakat Baba dan Nyonya adalah campuran antara bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Kebanyakan nahu bahasa Baba dan Nyonya ini adalah berasal daripada bahasa melayu. Namun begitu, bahasa Baba ini adalah berbeza daripada bahasa Melayu dalam pelbagai aspek. Oleh sebab itu, ia merupaka bahasa yang berasingan dengan bahasa Melayu.Bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan cina, umpamanya lai untuk ‘datang’ dan banyak lagi kecenderungan ke arah dialek Hokkien, yang mana tidak dapat difahami oleh masyarakat melayu. Kebanyakan masyarakat Baba dan Nyonya tidak memahami perkataan dan dialek bahasa Melayu.
Antara perbendaharaaan kata yang digunakan oleh masyarakat Baba dan Nyonya adalah:
~ Saya = goa (bahasa Hokkien)~Anda = lu (bahasa Hokkien)~Dia = dia (bahasa Melayu)~ Kita = kita (bahasa Melayu)

Upacara Perkahwinan :
Perkahwinan tradisional baba nyonya merupakan satu majlis yang memenatkan dan akan berlangsung selama 12 hari. Menurut mereka jika orang yang sama berkahwin sekali lagi pun, dia tidak akan berpeluang untuk mempunyai upacara sebegini sekali lagi. Segala urusan mencari jodoh bagi anak perempuan akan diuruskan oleh ibu bapa mereka, mereka tidak boleh membantah keputusan orang tua. Jika seseorang perempuan itu belum berkahwin sebelum usia 20 tahun mereka akan dianggap sebagai anak dara tua, mereka juga akan mengalami kesukaran dalam soal mencari jodoh. Bagi pihak lelaki pula, mereka selalunya akan berkahwin dalam usia 20 tahun.
Permulaan majlis perkahwinan baba nyonya bermula apabila pihak pengantin perempuan menerima rombongan peminangan daripada pihak pengantin lelaki. Orang tua pasangan pengantin akan menguruskan tarikh melangsungkan perkahwinan, setelah mereka memilih satu hari yang baik (bertuah) dengan menggunakan kalendar cina jemputan akan dikeluarkan. Jemputan akan dikeluarkan kepada mereka yang terlibat, jemputan ini dipanggil “antah sireh”. Masyarakat baba nyonya tidak menggunakkan kad jemputan sebaliknya mereka menghantar wang yang mengandungi kacang , limau, dan daun sirih (sekapur sirih) sebagai ganti. Seorang nyonya tua akan diberi tugas ini iaitu pergi ke rumah-rumah tertentu untuk menghantar jemputan yang unik ini, walaupun setiap keluarga menerima sehelai daun sirih tetapi ia bermaksud untuk menjemput seluruh keluarga ke majlis perkahwinan itu.


Saje je bubuh, cbb aku pilih budaya ni utk esaiment aku ni
utk tatapan dan bantuan kepada orang ramai
huhu

3 ulasan:

  1. thank ats input je minta share nk wat presentation

    BalasPadam
  2. mintak izin nak ambil isi mengenai perkhawinan ya , sangt2 berguna sekali . saya pon dlm membuat assgment mengenai masyarakat ini . terima kasih . :)

    BalasPadam