UNIT KEBERSIHAN
DAN KECERIAAN 
1.0 PENDAHULUAN
Persekitaran
sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkan kecintaan
serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah. Keceriaan dan
kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan.
Mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting ke arah
tercapainya visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Suasana
dan persekitaran sekolah yang bersih,ceria,tenteram amat perlu bagi meningkatkan
keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani
,jasmani dan intelek.
2.0 OBJEKTIF
2.1
Mewujudkan kawasan sekolah yang lebih ceria dan harmonis.
2.2
Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pelbagai kemudahan dan prasarana     
     di kawasan sekolah.
2.3
Memupuk sikap bertanggungjawab pelajar dan seluruh warga sekolah terhadap 
      kewujudan institusi pendidikan mereka.
2.4
Mewujudkan kerjasama antara warga sekolah.
2.5
Menjadikan kawasan sekolah selesa dan kondusif untuk pembelajaran dalam 
      kalangan
pelajar.
3.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA / CARTA
ORGANISASI
 4.0 ANALISIS SWOT 
4.1 KEKUATAN [
S ] 
4.1.1 Sekolah sudah sedia mempunyai lanskap taman yang cantik dan ceria
di seluruh  
        kawasan sekolah. 
4.1.2 Komitmen yang tinggi daripada pihak pengurusan terhadap kebersihan
dan   
         keceriaan sekolah 
4.1.3 Mempunyai pekerja pembersihan yang mahir dan rajin dalam
melaksanakan 
         tugas. 
4.1.4 Sekolah memang terkenal sebagai sekolah terceria melalui menjadi
juara dalam 
         kategori alam sekitar. 
4.1.5 Mempunyai prasarana dan kemudahan peralatan yang mencukupi untuk
aktiviti 
         keceriaan. 
4.1.6 Warga
sekolah termasuk guru, pelajar dan kakitangan sangat menghargai 
         kebersihan dan keceriaan yanga ada di
kawasan sekolah. 
4.2 KELEMAHAN [
W ] 
4.2.1 Masih terdapat pelajar yang melakukan vandalisma terhadap kemudahan
yang      
         ada di sekolah 
4.2.2 Penguatkuasaan terhadap pelajar yang membuang sampah dan merosakkan
         kemudahan sekolah masih
rendah 
4.2.3 Sikap sesetengah pelajar yang tidak mengambil berat tentang
kebersihan dan 
         keceriaan kawasan sekolah.
4.2.4 Kekurangan
peruntukan kewangan untuk kebersihan dan keceriaan sekolah. 
4.3 PELUANG[ O
] 
4.3.1 Sekolah sudah terkenal dengan kategori sebagai sekolah rakan alam
sekitar. 
4.3.2 Kerjasama komuniti setempat dimana sokongan yang kuat daripada PIBG
dan 
         pemimpin setempat dalam
aktiviti kebersihan dan keceriaan sekolah. 
4.3.3 Hubungan baik pihak sekolan dengan agensi kerajaan dalam
melaksanakan
        aktiviti kebersihan dan keceriaan. 
4.3.4 Hubungan baik dengan PPD dan JPN. 
4.3.5 Prasarana dan persekitaran sekolah yang ceria dapat meningkatkan
semangat 
         dan minat pelajar untuk
belajar. 
4.3.6 Pelajar
sentiasa terbuka menerima pelbagai aktiviti yang dirancang 
4.4 CABARAN [ T
] 
4.4.1 Terdapat ibubapa yang kurang memberi kerjasama apabila aktiviti
kebersihan         
         dijalankan oleh pihak
sekolah. 
4.4.2 Kurang mendapat sokongan dari pihak swasta di daerah Kuantan untuk 
         sumbangan ke arah
kebersihan dan keceriaan sekolah. 
4.4.3 Pengaruh persekitaran daripada golongan remaja yang tidak
bersekolah menjadi 
         ikutan pelajar dalam
melakukan vandalisma. 
4.4.4 Guru
kekurangan masa memantau kebersihan dan keceriaan keseluruhan 
          sekolah. 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan