2011/09/22

AURAT WANITA. SILA KONGSI & SEBARKAN ILMU INI...


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Allahu'alam...

ni adalah untuk peringatan buat diri senidiri, dan orang lain... ermm.. aku juga kadang2 ada gak buat salah...
ermm..
menginsafi diri!!!!

Kesan dadah


Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :-

1. Kesan Kepada Penagih
• Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul    hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
• Tidak bertanggungjawap kepada persekolahan dan prestasi kerja.
• Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.
• Pitam, pengsan, berperasan ganas, rase ketagihan berlebihan.
• Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

2. Kesan Kepada Keluarga
• Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga.
• Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.
• Rumah tangga menjadi porak peranda.
• berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.

3. Kesan Kepada Masyarakat
• mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan dan pembunuhan.
• Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
• Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.

4. Kesan Kepada Negara
• Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripan masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan. Kos tersebut termasuklah :
• Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
• Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah.
• Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
• Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku.
• Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
• Kos kerugian tenaga dan modal insan yang kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.

2011/09/21

KURSUS KSSR DUNIA SENI VISUAL TAHUN 2


Hari pertama dan kedua..
Tarikh : 20 - 21 september 2011
Tempat : PKG karak

ok.. aku terpilih menghadiri kursus lagi,...
minggu lepas g jaga exam
minggu ni pg kursus..
mula rasa rindu pada suasana sekolah !!!

ok
orang sudah mula percaya pada saya..
huhu
 ~~~

nnti mesti kene g kursus akan datang....
x per..
kursus boleh tambah pengalaman.
tambah kawan
tambah apa2 je lah...
huhu 
~~

banyak aktiviti yang aku buat sepanjang 2 hari berkursus ni..
sebenarnya kursus ini selama 4 hari
tp ni aku citer yg 2 hari dulu lah yek
huhu 
~







macam benda baru belajar..
walaupun mula2 agak BORING!!!
hahhaa
ye lah.. mana x nye..
benda 5 thn aku bljar.
benda yg sama..
tp ada gak benda baru..
contoh belajar buat gasing, bunga tulip,..
ala2 origami lah...

TAPI!!! aku jumpa sorang cikgu ni..
lepasan KPLI..
perempuan lah..
dia pun ambik opsyen seni..
n dia bg semangat kat aku...
walaupun aku ni opsyen seni, minor plk PJ PSK bukan subjek teras.. dia minor BM..
tp dia x macam orng lain.. dia kata, xper.. nnti dah lama2 ajar.. boleh lah mahir subjek lain..
bukan hanya seni.. huhu

sbb dia tau, aku ajar sains n subjek lain..
huhu ~~
yg kadang2 memperlekehkan aku...
thanks kak mazidah !!
hehhee

aku jumpa rmai kawan baru..
cikgu pengalaman!!!
huhu ~~

aku suka!!..
dapat bnyak kenalan!!!

nnti kita jumpa di slot ke dua plk yek. bye2!!



pengawas UPSR kene rasuk!!

ok..
semua dah sedia maklum yg aku jaga periksa UPSR hari tu..
sekolah dirahsiakan..
atas tiket rahasia kerajaan..
huhu

ingat semua berjalan lancar..
tetiba ada kes rasuk merasuk pada hari terakhir tu..
hari jumaat..

dasyat....
aku terasuk sekali..
huhu
chop2..

kene tipu je..
ada 2 orng murid terlibat dalam kes ini..
murid tersebut plk calon 5A
jdi semua orng turun.. 
@ datang ke sekolah..
memantau

PPD
JPN
n sebagainya...
mujur bukan najib je yg turun padang...

so aku yang perempuan ala2 kebal ni pun
kene lah jaga budak tersebut..
2 org budak tersebut di asingkan..
takot meracau
n menganggu murid lain
huhu
~~~




ni gambar beg tangan n botol air ..
aku punye..
saja nak interframe..
huhuhu ~~



ini lah murid tersebut
mula2 ok
pastu masa paper BI
dia meracau
menangis tiba2
datang ustaz @ hero malaya
menyelamatkannya
memang macam dalam TV
real beb..
huhuhu ~~

biasa2 aku yg peminat citer hantu ni tngok kat tv je..
ni kat depan mata
bukan pada skrin

ingat nak tngok gambar
tp malas lah plk
kang menjerit "hantu" tu kang
aku x tanggung..
hahhhaa

tamat sudah UPSR
TAHUN DEPAN 2012 nak jadi lagi boleh...hehhe




2011/09/19

lirik lagu tema hari merdeka ke 54 ~~

Lirik lagu tema Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera


Kemakmuran Kedamaian Terus Dinikmati
Kejayaan Kemasyhuran Sama Dirasai
Ayuhlah kita merealisasikannya
Kitalah pemangkin (kitalah pemangkin)
Transformasi negara


Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera
Kita bersatu melangkah bergandingan bersama
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
Kita Satu Malaysia

Ulang Rangkap 1x
Ulang Chorus 2x

kuiz Hari Merdeka

ni adalah hasil ciptaan kuiz sempena bulan kemerekaan....
atas sebab aku ni KP iaitu ketua panatia untuk subjek KAJIAN tempatan..
so kene lah buat soalan kuiz ini..
huhu


x tau lah budak2 boleh jawab ke x.. sbb masa hari pertandingan kuiz ni aku x xdek..
aku g kursus..
huhu ~~


harap2 kelas yg aku ajar tu.. boleh jawab!!!! 
sebab subjek KAJIAN TEMPATAN ... PENDIDIKAN SIVIK .. PENDIDIKAN MORAL semua dah penah ajar.. 
huhu ~~




SOALAN KUIZ   (TAHAP 1)
1
Apakah nama bunga kebangsaan?
Bunga Raya

2
Bunga kebangsaan mempunyai berapa kelopak?
5 kelopak

3
Bendera negeri Pahang mempunyai berapa warna dan nyatakan warna bendera tersebut?
2 – Putih dan Hitam

4
Lagu kebangsaan Negara kita ialah lagu ?
Negaraku

5
Bilakah Malaysia Merdeka?
31 OGOS 1957

6
Bilakah tarikh Hari Malaysia di sambut?
16 SEPTEMBER

7
Berapakah Jalur yang terdapat pada Bendera Malaysia?
14

8
Lengkapkan lirik lagu ini.(Lagu Jalur Gemilang)
   
    Merah mu bara semangat waja,
    Putihmu bersih budi pekerti,
    Kuning berdaulat payung Negara,
    Biru ……………………

Biru perpaduan kami semua.

9
Lengkapkan lirik lagu ini.(Lagu Jalur Gemilang)

          Empat belas melintang jalurnya
         Semua negeri dalam Malaysia
         Satu suara satu semangat
         Itu…………………….

Itu sumpah warga berdaulat

10
Dalam bendera Malaysia, ada berapa bucu yang ada pada bintang?
14


SOALAN KUIZ   (TAHAP 2)
1
Namakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama?
TUNKU Abdul Rahman Putra Al-haj

2
Apakah nama bendera Malaysia?
Jalur Gemilang

3
Nyatakan Ibu negeri bagi Sarawak?
Kuching

4
Nyatakan gelaran bagi negeri Kelantan ?
Kelantan Darul Naim

5
Warna kuning yang ada pada Jalur Gemilang melambangkan……
Warna diraja

6
Nyatakan maksud anak bulan dan bintang dalam bendera Malaysia?
Agama Islam agama rasmi Negara

7
Saya mempunyai 3 jalur, yang bewarna putih, kuning dan hitam. Siapakah saya?
Perak

8
Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke?
6

9
Apakah Tema hari kemerdekaan yang ke 54?
Transformasi berjaya, Rakyat Sejahtera

10
__A__  dibina untuk memperingati pejuang-pejuang yang gugur semasa 
mempertahankan negara kita. Apakah A?
Tugu negara

11
Siapakah Angkasawan Malaysia yang pertama ?
Dr. Sheikh Muzafar


GOOD LUCK budak2.. hehhee



lirik lagu - 1 MALAYSIA

Lirik Lagu Satu 1 Malaysia - Koir Pelajar

Verse 1
Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Verse 2

Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Chorus
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Verse 3
Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa

Verse 4
Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati

Chorus x2
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

2011/09/13

ponteng 2 minggu!!!

opssss...
correction!!!
bukan ponteng ok!!

2 minggu aku xdek kat sek...
start 12 hinggalah 23..
lamanya lah...
rindu rasa nya pada budak2 nanti...
diorng ada rindu aku????
ushhh!!!

susah nak jawab yg soalan macam itu!!

MINGGU pertama aku pergi membawa diri untuk menjadi pengawas peperiksaan
bagi UPSR

minggu 2???
UPSR kan dah habis!!!

MINGGU kedua aku pergi sekali lagi .. tp untuk pemantapan standard KSSR
DUNIA SENI VISUAL tahun 2.

juga selama seminggu.
mujur dekat je
kat PKG karak

org kata dpt claim???
dapat kah?
boleh percaya kah??
huhu ~~

teringat 2 kali claim yg aku buat..
2 2 xdpt lagi..
huhu
redha je lah!!!

insaf ke???


nampak gayanye.. aku x insaf2 jugak
bawak laju
sambil snap pic kat hp..
apa nak jdi ntah lah..


laju x?
120 tu
korang bawak lagi laju ke?
dah lah cc kereta aku ni kecik
bawak laju plk
aishhh!!!



ni aksesori terbaru
doremon
adik aku yg bg
cantik x?
cantikk... dan warna biru!!
sesuai dgn tema warna kereta akunih..
huhu ~~~


PENGAWAS PEPERIKSAAN ~~ yeah!! saya!!


ermm...
ni  merupakan pengalaman baru untuk aku
yeah!!!
aku suka kutip pngalaman
aku muda lagi
so boleh timba pengalaman..

hari ni adalah hari pertama UPSR
hari pertama aku sebagai pengawas peperiksaan
dulu masa sek, adalah jugak berangan nak jdi pengawas 
tp xdek terpilih pun
huhu
hanya masa kat SM (A) je aku di pngawas perpustakaan
so, kali ni aku dilantik jadi pngawas pepriksaan
dah lah 1st time, pastu jadi TIMBALAN KETUA PENGAWAS plk
huhu
pape pun.. aku turut kan aja..
boleh berlajar
aku dalam bidang perguruan ni bukan setakata 3 4 tahun
maybe 2o lebih  tahun
itu pun kalu panjang umur...
huhu

apa yg terkilan sikit..
aku di sek lain
x sempat nak tngok budak2 sek sendiri masuk dan keluar dr dewan exam
hanya doa yg mampu aku iringi..
insyaAllah..
huhu ~~





" BEKU TELUR "


what the hell??
OMG
hahhaaha....

masa aku pg tengok budak2 tahun 6 study  kat sek
pas seharian diorang study
cikgu BM diaorng pun bg lah mereka2 ini baca surat khabar
tngok2 keratan akhbar
mana lah tau kan ada rezeki
masuk dlm penulisan
hehhehe

tp tetiba ada sorang budak pmpuan  tu tanya aku!!!

murid:: cikgu... beku telur tu apa?
aku : ha?? mana awak baca?
(diorang pun bawak lah paper tu dtng dkat aku)

aku :: hahhahhaa
cikgu BM :: kenapa?
aku ::
Cikgu BM:: hahahhaa
Aku :: xper.. x penting.. hahha
Cikgu BM :: nnti pas UPSR cikgu bg tau yek..

kitaorang yg dewasa ni gelak je..
huhu ~~~



result SPP / keputusan SPP


alhamdulillah...
akhirnya...
penantian sudah berakhir..
selesai 1 bab
lulus juga SPP ku..

walaupun berdebar..
tetiba blur
akhirnya
lulus jugak..
terima kasih kpd patner yg beri kerjasama masa menjawab soalan mencabar 
penginterview tu..
hihi ~~~



2011/09/10

Cikgu cikgu .....alahai!!!!


LOKASI ::: TEMPAT
DIRAHSIAKAN

haha..
ni aktiviti gila  yg aku lakukan minggu lepas.
ni 1 st time ok
bukan selalu

haha
ni dgn budak kelas TAHUN 2 S
saja
masa nak tunggu rehat

selepas 1 jam belajar
so , bila nak tunggu bunyi loceng rehat berbunyi
aku buat lah aktiviti gila  nii

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
cikgu :: antara lelaki dengan perempuan mana kuat ?
murid :: lelaki
cikgu :: kamu lelaki ke perempuan ?
murid :: lelaki
cikgu :: cikgu laki ke perempuan?
murid :: perempuan

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
permainan di mulakan
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

cikgu :: yeah!!!! cikgu menang 
hehhee

^

^

^

^

^

^