2011/09/19

kuiz Hari Merdeka

ni adalah hasil ciptaan kuiz sempena bulan kemerekaan....
atas sebab aku ni KP iaitu ketua panatia untuk subjek KAJIAN tempatan..
so kene lah buat soalan kuiz ini..
huhu


x tau lah budak2 boleh jawab ke x.. sbb masa hari pertandingan kuiz ni aku x xdek..
aku g kursus..
huhu ~~


harap2 kelas yg aku ajar tu.. boleh jawab!!!! 
sebab subjek KAJIAN TEMPATAN ... PENDIDIKAN SIVIK .. PENDIDIKAN MORAL semua dah penah ajar.. 
huhu ~~




SOALAN KUIZ   (TAHAP 1)
1
Apakah nama bunga kebangsaan?
Bunga Raya

2
Bunga kebangsaan mempunyai berapa kelopak?
5 kelopak

3
Bendera negeri Pahang mempunyai berapa warna dan nyatakan warna bendera tersebut?
2 – Putih dan Hitam

4
Lagu kebangsaan Negara kita ialah lagu ?
Negaraku

5
Bilakah Malaysia Merdeka?
31 OGOS 1957

6
Bilakah tarikh Hari Malaysia di sambut?
16 SEPTEMBER

7
Berapakah Jalur yang terdapat pada Bendera Malaysia?
14

8
Lengkapkan lirik lagu ini.(Lagu Jalur Gemilang)
   
    Merah mu bara semangat waja,
    Putihmu bersih budi pekerti,
    Kuning berdaulat payung Negara,
    Biru ……………………

Biru perpaduan kami semua.

9
Lengkapkan lirik lagu ini.(Lagu Jalur Gemilang)

          Empat belas melintang jalurnya
         Semua negeri dalam Malaysia
         Satu suara satu semangat
         Itu…………………….

Itu sumpah warga berdaulat

10
Dalam bendera Malaysia, ada berapa bucu yang ada pada bintang?
14


SOALAN KUIZ   (TAHAP 2)
1
Namakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama?
TUNKU Abdul Rahman Putra Al-haj

2
Apakah nama bendera Malaysia?
Jalur Gemilang

3
Nyatakan Ibu negeri bagi Sarawak?
Kuching

4
Nyatakan gelaran bagi negeri Kelantan ?
Kelantan Darul Naim

5
Warna kuning yang ada pada Jalur Gemilang melambangkan……
Warna diraja

6
Nyatakan maksud anak bulan dan bintang dalam bendera Malaysia?
Agama Islam agama rasmi Negara

7
Saya mempunyai 3 jalur, yang bewarna putih, kuning dan hitam. Siapakah saya?
Perak

8
Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke?
6

9
Apakah Tema hari kemerdekaan yang ke 54?
Transformasi berjaya, Rakyat Sejahtera

10
__A__  dibina untuk memperingati pejuang-pejuang yang gugur semasa 
mempertahankan negara kita. Apakah A?
Tugu negara

11
Siapakah Angkasawan Malaysia yang pertama ?
Dr. Sheikh Muzafar


GOOD LUCK budak2.. hehhee



4 ulasan: