2011/02/12

muhasabah diri ke SABAH...



Ya Allah! Engkau celikkanlah rohku

Agar jasad lahirku patuh kepada-Mu

Hidupkanlah jiwaku agar jawariahku

Taat dan setia kepada-Mu

Tuhan!

Hidupkanlah rohku dengan mengingati-Mu

Tuhan!

Hidupkanlah jiwaku dengan rasa bertuhan

Bangunkanlah jiwaku dengan rasa kehambaan

Agar fitrahku dapat dikembalikan

kepada asal kejadian

Fitrah semula jadi sebelum dirosakkan

Dia telah kenal Tuhan

Dia telah berjanji kepatuhan dan ketaatan

Tuhan!

Janganlah Engkau biarkan rohku di dalam kebutaan

Nanti kelak dia tidak akan kenal lagi kebenaran

Janganlah Engkau tinggalkan jiwaku buta

Hingga dia tidak kenal lagi Tuhan dan kebenaran

Tuhan!

Peliharalah fitrahku

Janganlah sampai ada yang merosakkannya

Jagalah fitrahku agar ia tetap dengan sifat asalnya

Tuhan!

Rosak fitrahku

Maka rosaklah jawarihku

Rosak fitrahku, rosak pulalah syariatku

Yang paling aku takut, jangan sampai rosak

perhubunganku dengan Tuhan

Kalau berlaku, punahlah kehidupanku

dunia dan akhirat

Sia-sialah umur dan kehidupanku

Malanglah aku dan binasalah aku

Oleh itu sekali lagi harapanku kepada-Mu

Jagalah fitrah semula jadiku

Aku tidak mampu menjaganya kerana banyak ujian

Engkau sajalah yang mampu menjaganya

Wahai Tuhan!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan